Copy and paste this HTML code to your web page to use this counter: Sejarah Malaysia dan Asia STPM: Koleksi soalan soalan lepas

Sunday, April 19, 2009

Koleksi soalan soalan lepas

1999

7.                  Bincangkan keadaan ekonomi di Burma dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.

8.                  Galurkan tahap-tahap utama peluasan imperialisme Jepun di Tanah Besar Asia dari tahun 1868 hingga tahun 1945 dan kesan imperialisme terhadap pertumbuhan nasionalisme tempatan.

9.                  “Kesan penting politik perkauman di benua kecil India sejak awal abad ke-20 adalah disebabkan kemunculan Pakistan”.  Bincangkan pernyataan ini.

10.              Bincangkan konsep neutralisme dan fahaman tidak berpihak di Asia pada zaman dekolonisasi (1945-1955)

11.              Jelaskan sebab-sebab kegagalan pemimpin China dan Jepun membangunkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.

12.              Pertembungan antara nilai Barat dengan Timur telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Perang Candu (1839-1832).  Bincangkan

 

2001

 

  1. Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial zaman Tokugawa dan Zaman Manchu pada abad ke-19.
  2. Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campur tangan British di India dan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1900.
  3. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.
  4. Bincangkan tindak balas masyarakat pribumi terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke-19.
  5. Huraikan gerakan anti-Jepun di Filipina dan Burma dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
  6. Bandingkan ciri pemerintahan republic antara China dengan Indonesia dari tahun 1949 hingga 1960.

 

 

2002

 

  1. Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan Barat.
  2. Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa asing.
  3. Huraikan ekonomi komersil di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan Barat pada abad ke-19.
  4. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19
  5. Bincangkan factor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.
  6. Bincangkan persamaan dan perbezaan dasar luar negara China dan India dari tahun 1948 hingga tahun 1963.

 

 

2003

 

  1. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat.
  2. Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan di Filipina sebelum kedatangan Barat.
  3. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan India pada abad ke-19.
  4. Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Myanmar dan di Indonesia mengalami kemerosotan selepas pertengahan tahun 1930-an.
  5. Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakan politik yang berbeza di Thailand dan di Myanmar.
  6. Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun, setelah tamatnya Perang Dunia Kedua (1945-1955).

 

 

2004

 

  1. Bandingkan factor-faktor yang menyebabkan Thailan dapat mengekalkan kedaulatannya daripada penjajahan kuasa Barat berbanding dengan negara China pada abad ke-19.
  2. Jelaskan factor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.
  3. Huraikan perkembangan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama.
  4. Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam dari tahun 1913 hingga tahun 1931.
  5. Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911 dan Mahatma Ghandi dalam gerakan nasionalisme di India sebelum tahun 1941.
  6. Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945 hingga tahun 1963.

 

 

 

Labels: