Copy and paste this HTML code to your web page to use this counter: Sejarah Malaysia dan Asia STPM: tema1: Masyarakat Tempatan

Monday, April 20, 2009

tema1: Masyarakat Tempatan

Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu Tradisional sebelum campurtangan British. 

 

Sistem politik masy M’yu tradisional sebelum campur tangan Bri dibahagikan kpd 3 unit pol yg utama. Unit politik yang paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar.  Ini diikuti oleh unit politik seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah.  Unit politik yang paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.

 

            Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah negeri.  Pada abad ke-19, negeri merujuk kepada satu kawasan yang merdeka di bawah pemerintahnya sendiri.  Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di kawasan muara sungai besar.  Kedudukan yang strategik ini sangat berguna untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar.

 

            Negeri dikawal oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing.  Contohnya, gelaran Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri Sembilan.  Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan.  Mereka merupakan pemimpin negeri yang paling penting.  Mereka berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri.  Mereka selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.

 

            Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.  Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.  Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.  Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan mereka sebagai ketua unit politik negeri.  Mereka adalah lambang perpaduan rakyat.  Oleh sebab konsep daulat dan derkaha, rakyat sentiasa menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan.  Rakyat tidak berani menderhaka kerana takut akan terkena tulah.  Rakyat sangat taat kepada mereka.

 

            Unit politik yang kedua ialah daerah.  Daerah merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan.  Sesebuah daerah mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu.  Unit politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah.  Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri. 

 

            Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah.  Penganugerahan kawasan pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan sokongan pembesar daerah terhadap baginda.  Selain mentadbir, pembesar daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

 

            Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang jauh lebih besar daripada Sultan sendiri.  Sebagi contoh, pembesar di Negeri Perak yang terlalu berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi mereka.  Majlis Pembesar Negeri Perak terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah boleh campur tangan dalam sistem pewarisan takhta negeri Perak.  Mereka boleh meletakkan calon sendiri ataupun mengenepikan seseorang calon.  Walau bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan tetap memerlukan institusi kesultanan kerana mereka memerlukan sokongan Sultan untuk penganugerahan lencana dan gelaran.

 

            Unit politik yang paling kecil ialah kampong.  Sesebuah kampong boleh merupakan satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan.  Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.  Ketua Kampung ini merupakan orang yang penting kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.  Mereka selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.  Ketua kampong  dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah.

 

           Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong.  Mereka juga akan mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan.  Merekalah yang mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah.  Biasanya, orang kampung lebih rapat dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.

 

          Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British sememangnya kemas dan teratur dengan lapisannya yang mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab pemerintahan sendiri.  Setiap unit politik ini saling melengkapi dan saling bergantung antara satu sama lain dalam menjalankan tugas.  Namun, sistem politik ini melalui banyak perubahan selepas British campur tangan.  Misalnya, tanggungjawab pembesar daerah telah diambil oleh pegawai daerah yang merupakan pegawai British.