Copy and paste this HTML code to your web page to use this counter: Sejarah Malaysia dan Asia STPM: Tema1: Masyarakat Tempatan

Monday, April 20, 2009

Tema1: Masyarakat Tempatan

Bincangkan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan British.  

 

Ekonomi Tanah Melayu bercorak sara diri.  Pada pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu telah mengalami perubahan pesat yang menyebabkan munculnya sistem ekonomi dagangan.  Kegiatan ekonomi Tanah Melayu tertumpu kepada ekonomi komersial dalam sector pertanian dagangan dan perlombongan.

 

           Pertanian sara diri dijalankan oleh orang Melayu di kawasan pedalaman dan pinggir laut.  Usaha ekonomi hanya cukup untuk keperluan keluarga.  Tiada pengekportan atau perdagangan secara besar-besaran.  Teknologi moden masih belum digunakan.  Ahli-ahli keluarga turut terlibat dalam pertanian sara diri.  Jumlah hasil mereka bergantung pada besar kecilnya tanah yang mereka usahakan dan keperluan mereka sendiri.

 

           Tanaman utama mereka ialah padi sawah.  Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah.  Padi huma atau padi bukit ditanam di kawasan tanah tinggi.  Sistem pengairan juga merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan kesuburan tanaman padi.  Penanaman padi banyak dijalankan di Kedah dan Perak.  Terdapat juga tanaman-tanaman lain seperti gambir, kopi, the, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.

 

          Pertanian sara diri juga dijalankan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak.  Orang Kadazan menanam padi sawah di lembah Pantai Barat Sabah seperti Tuaran dan Penampang.  Orang Murut menanam padi huma di bukit dan kawasan yang kurang subur.

 

          Di Sarawak pula, padi huma ditanam oleh ahli masyarakat Iban, Bidayuh, dan Kenyah.  Penanaman padi huma dijalankan secara bergotong-royong.  Orang Kelabit yang tinggal di kawasan bukit di hulu Sungai Baram turut menanam padi sawah.  Tanaman-tanaman lain adalah seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan.

 

          Pada abad ke-19, pertanian dagangan memainkan peranan penting kepada ekonomi Tanah Melayu.  Pertanian dagangan ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan, iaitu peringkat pertama yang berupa pertanian yang mementingkan tanaman jangka masa pendek, seperti lada hitam, gambir, ubi kayu, tabu, dan kopi.  Peringkat kedua ialah penaman getah yang merupakan tanaman dagangan yang paling penting.  Pada umumnya, orang Cina dan Eropah yang banyak terlibat dalam pertanian dagangan ini.

 

          Gambir dan lada hitam banyak ditanam di Negeri Johor dan Sarawak.  Kemudiannya, diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan.  Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh pembesar dan raja di negeri masing-masing.  Pada tahun 1840-an, Temenggung Ibrahim telah menjemput orang Cina dari Singapura untuk membuka lading gambir dan lada hitam di tebing sungai di selatan Johor di bawah sistem Kangcu.  Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama negeri Johor sehingga tahun 1910, malah membolehkan Sultan Johor memperolehi pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport lada hitam.  Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor dikeluarkan oleh orang Cina dari Singapura.  Di Sarawak, lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting.   Sarawak memberi konsensi kepada orang Cina dari Singapura untuk menanam lada hitam di Kuching-Serian dan Serikei-Meradong.  Hasil pengeluaran lada hitam telah meningkat dan, menyebabkan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia selepas Indonesia.

 

          Pada pertengahan abab ke-19, peladang-peladang Eropah dan China telah membuka lading-ladang tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka.  Mulai 1870-an, tanaman tebu telah diperluas ke Perak, terutamanya di daerah Kerian.  Orang-orang Eropah kemudiannya telah mendirikan kilang memperoses gula di Perak menyebabkan gul muncul sebagai eksport penting negeri Perak sehingga permulaan abad ke-20.

 

          Selain tebu, ubi kayu juga telah ditanam secara komersial oleh orang Cina di Melaka dan dalam tahun 1850-an, ubi kayu muncul sebagai tanaman eksport yang utama bagi Melaka.  Dalam tahun 1880-an, penanaman ubi kayu telah diperluaskan ke Negeri Sembilan dan dieksport ke Britain.

 

          Tanaman kopi juga telah diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor.  Pada mulanya, kopi juga ditanam secara sara diri oleh orang Jawa di Perak, Selangor, dan Johor.  Kemudiannya, secara besar-besaran apabila orang Cina datang.  Mulai tahun 1880-an, kopi telah muncul sebagai tanaman jualan yang penting di Tanah Melayu.  Kebanyakan kopi ditanam oleh peladang-peladang Eropah yang berpengalaman di Sri Lanka.

 

          Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oya di Sarawak.  Manakalah, tanaman tembakau ditanam di Sabah, tetapi kemudiannya merosot akibat serangan penyakit dan persaingan daripada Amerika Syarikat.

 

          Pembalakan juga berkembang di Sabah sehingga menjadi sumber pendapatan Sabah yang utama.  Sehingga tahun 1885, kayu-kayu balak ini telah dieksport ke Australia, Hong Kong, Jepun dan Britain.  Syarikat kayu balak yang utama ialah Britain Borneo Timber Company.  Selain itu, hasil-hasil hutan seperti dammar dan juga rotan menjadi eksport yang penting, terutamanya di Pahang dan Kelantan.

 

          Tanaman getah telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat pada abad ke-20.  Perkembangan pesat tanaman getah ini dipelopori oleh HN Ridley.  Beliau telah menggalakan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan mengankut anak benih getah secara dibungkus dengan arang.  Adanya pelaburan daripada orang Eropah seperti Syarikat Sime Darby, Harrison and Crosfield dan tenaga buruh yang murah serta galakan kerajaan seperti menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, turut memajukan tanaman getah di Tanah Melayu.

          Dalam sector perlombongan, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan tertua.  Sehingga tahun 1820-an, lombong-lombong bijih timah dikuasi oleh raja-raja dan pembesar Melayu.  Kaedah yang digunakan adalah adalah dengan melampan dan mendulang.  Kerja melombong bijih timah telah diambil alih oleh orang Cina pada pertengahan abad ke-19.  Orang-orang Cina telah memperkenalkan kaedah perlombongan bijih timah yang lebih berkesan seperti lombong dedah, pam, roda air, dan enjin stim.  Kaedah melombong yang diperkenalkan oleh orang Cina ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.

 

          Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memperihatkan kemantapan ekonomi sara diri dan ekonomi komersial sebelum kedatangan British.  Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sudah pun mencapai satu tahap yang matang.  Sebelum tahun 1874, pelbagai tanaman dan galian telah pun dikeluarkan.

          

Labels: , ,