Copy and paste this HTML code to your web page to use this counter: Sejarah Malaysia dan Asia STPM: Tema 2: Transformasi Masyarakat

Monday, April 20, 2009

Tema 2: Transformasi Masyarakat

Bincangkan pembentukan masyarakat majmuk di negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.  Apakah kesan-kesan kewujudan masyarakat tersebut di Tanah Melayu.


 

Sebelum abad ke-19, majority masyarakat di negeri-negeri Melayu berbangsa Melayu yang  berasal dari Kepulauan Melayu.  Komposisi masyarakat berubah dengan kedatangan imigran dari negeri China dan India yang bermustatin di negeri-negeri Melayu.  Kedatangan mereka disebabkan berbagai-bagai factor menolak di Negara asal dan factor menarik di Tanah Melayu.

 

         Perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-19 mendorong British membawa masuk imigran luar seperti Cina, India dan Sikh untuk menjadi buruh dalam sector ekonomi dan pembangunan infrastruktur.  Kehadiran berbilang bangsa telah membentuk masyarakat majmuk.  Anggota masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang kaum yang bercampur gaul, tetapi membentuk kelompok yang berasingan di bawah sistem politik yang sama.  Mereka mengamalkan adat isitiadat dan kepercayaan yang berlainan di antara satu kaum dengan kaum lain.

 

          Pedagang dan pelabur British mahu mencari buruh murah dan rajin untuk mengerjakan sector ekonomi di Tanah Melayu yang pesat membangun.  British mahu buruh-buruh tersebut benar-benar setia kepada mereka.  British memperkenalkan sistem membawa masuk buruh-buruh asing seperti sistem tiket kredit, sistem kangany, sistem buruh kontrak, dan sistem buruh bebas.

 

          Di Negara China beberapa factor penolak seperti tekanan yang berlaku di antara tahun 1751 – 1851.  Beberapa pemberontakan anti-Manchu telah berlaku terutamanya di kawasan Kwangtung dan Kwangsi.  Jumlah penduduk semakin banyak sedangkan pengeluaran makanan lambat bertambah.  Ini mengakibatkan  kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.  Selain itu, berlaku berbagai-bagai bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.  Maka, kejadian ini mendorong mereka menjelajah dan meneroka ke laur Negara untuk mencari rezeki dan keselesaan.

 

          Di Negara India beberapa factor penolak seperti factor kawasan tanah  pertanian dan peluang-peluang pekerjaan adalah terhad akibat pertambahan penduduk yang pesat.  Sistem kasta yang menghadkan mobility social dan ekonomi.  Keadaan politik juga tidak stabil.  Ini ditambah pula dengan berlakunya bencana alam seperti banjir dan kemarau. 

 

          Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu juga telah mendorong kemasuk imigran Cina dan India.  Kemasukan buruh-buruh Cina berkait dengan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.  Kawasan yang menjadi tumpuan seperti Lukut, Lembah Kinta, Klang, dan Sungai Ujong.  Orang-orang Cina mewujudkan institusi sosisla dan amalan adat istiadat tersendiri berdasarkan puak-puak seperti Hakka, Hailam, dan Kwantung.  Sistem Kangchu ialah cara berkesan yang digunakan untuk mentadbir orang Cina di Johor.

 

          Kemasukan buruh India pula berkait rapat dengan perkembangan penanaman kopi dan getah.  Orang India terdiri daripada etnik Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi.  Mereka berkerja di jabatan-jabatan kerajaan, membina jalan raya dan landasan kereta api. Sebahagian kecil menjadi guru, peguam dan doctor.

 

          Kesan-kesan kewujudan masyarakat majmjuk yang terbentuk oleh masyarakat Cina, India dan Sikh yang masing-masing mengamalkan sistem social dan budaya sendiri.  Sebahagian orang Cina menyertai pertubuhan social digelar Kongsi Gelap.  Pada mulanya untuk kepentingan kemasyarakatan kerana merantau kemudiannya bertukar menjadi radikal, subversive, mengamalkan perjudian, pelacuran dan pergaduhan besar seperti Perang Larut.  Petempatan dan Bandar-bandar baru dibina di kawasan perlombongan timah yang terdiri daripada orang Cina seperti Ipoh, Taiping, dan Kuala Lumpur.  Kemajua dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan telegraf.  Kemudahan ini dibina untuk memudahkan penghantaran seperti bijih timah, getah, dan sebagainya terus ke pelabuhan.  Buruh India tertumpu penempatan mereka di lading getah dan kawasan pembinaan jalan raya dan kereta api.  Sebahagian buruh India berkerja di rumah-rumah kerajaan bagai kakitangan pangkat rendah seperti kerani. 

 

          Ini membentuk polarisasi kaum yang dikenal pasti penempatan dan akitiviti ekonomi akibat dasar “pecah dan perintah” penjajah British.  Wujud persaingan di antara ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, China dan India.  Perhubungan mereka hambar dan sebahagiannya penuh perjudis.  British tidak pernah menjalankan dasar asimilasi di antara kaum.  Wujud sistem pendidikan yang berbeza berdasarkan kaum terbesar termasuk sistem pendidikan Inggeris.  Perbezaan sistem ini mengakibatkan jurang antara kaum semakin jauh. 

 

          Terbina juga pelbagai insitusi social yang berperanan untuk fungsi kaum tertentu termasuklah agama dan kepercayaan.  Contohnya masjid dan surau untuk orang beragama Islam.  Wujud masalah perpaduan nasional kerana setiap kaum mahu mengamal dan mempertahan budaya dan adat istiadat yang berbeza mengikut Negara asal mereka.

 

          Wujud juga masalah kesihatan seperti malaria, cirit-birit, beri-beri, disenteri, deman cacar mengakibatkan kematian di kalangan mereka.

 

          Sebagai kesimpulan, kemasukan orang Cina dan India menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di negeri-negeri Melayu.  Perbuhungan dengan pribumi amat terhad.  Mereka tinggal di tempat berasingan dan mengamalkan aktiviti kehidupan yang berbeza.  Keadaan sedemikian menimbulkan banyak masalah social, ekonomi dan pentadbiran hinggalah Negara mencapai kemerdekaan.

Labels: